Tuesday, October 12, 2010

Hari ke 3-London


1. Cuaca pagi hari ni agak mendung...awan gelap je. Tapi itu bukan penghalang untuk kami terus bersiar-siar. Dari Rumah Mara kami terus berjalan kaki ke Stesen Tube Gloucester. Dari Gloucester kami menaiki tube ke Westminster.
2. Keluar dari stesen Westminster, tu dia...Big Ben berdiri tegak sebagai saksi bisu sejarah dan pembangunan kota metropolis ini. Kami tidak melepaskan peluang untuk merakamkan pemandangan indah di sini. Selain kami ramai juga pelancong dari negara luar yang turut mengambil gambar Big Ben.
3. Kami berjalan kaki sambil menikmati pemandangan dalam cuaca yang sejuk dan bila bercakap...wap akan keluar dari mulut. Sungguh mengujakan. Aku terpandang satu keluarga, 2 wanita dewasa, seorang lelaki dan anaknya dengan baby stroller. Melihat raut wajah wanita bertudung terus ringan mulut menegur..'dari mana?'
'Kami pelajar di sini...bawa adik ipar dari Malaysia datang ke London bersiar-siar' jawab lelaki tersebut yang berjaket tebal. Isterinya tersenyum ramah sambil bertanya beberapa soalan pada kami. Sekurang-kurangnya menyedarkan bahawa London bukan bumi asing untuk orang Malaysia menimba ilmu. Semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan berbahagia.




4. Kami tinggalkan mereka yang sibuk mengabadikan kenangan di situ dan terus ke London Eye. Bumi London mula dibasahi gerimis hujan yang renyai-renyai. Tangan terus diseluk ke dalam poket jaket bagi mengelakkan kesejukan. Mungkin cuaca pada bulan Februari tidak begitu menarik untuk berkunjung ke Kota London.
5. Sampai di London Eye, terus masuk ke satu kawasan menjual tiket. Harga tiket yang agak mahal ditambah pula cuaca mendung membuatkan kami membatalkan hasrat untuk menaiki gondola London Eye tersebut. Rugi nak ambik gambar kalau semuanya kelabu sahaja. Untuk puaskan hati ambil gambar disekitar kawasan tersebut sahaja.

6. Daripada membuang masa berbaris membeli tiket, terpandang tanda McD. Apa lagi terus sahaja berbaris ke kaunter McD. Pesan 3 Hot Chocolate dan 1 fries. Lepak dalam McD sambil menikmati HotChocolate memang menyegarkan.
7. Lepak dalam sejam...tengok cuaca tidak berubah..gerimis dan hujan renyai..keputusan yang paling baik..balik rumah tido..ha..ha.

. Sampai rumah..masing-masing masuk bilik..sedar pun mie panggil makan megi, bangun jugakla. Sedap-sedap mengurup kuah megi, tetiba ada bunyi loceng..Rupanya En. Zaini datang. Dia ajak teman dia pergi Oxford..woh..OXFORD!...terbayang universiti yang tua..bebudak dok studi...dia bagi 30 minit untuk kami bersiap.
6. Dalam pukul 4.30 petang, kami pun bertolak dengan En. Zaini dan isterinya. Kata En. Zaini dia dijemput untuk jadi speaker dalam satu program kat situ. Sepanjang perjalanan dengan hujan...cuaca kelam je menyebabkan masing-masing mengelamun.
7. Jauh rupanya Oxford dari London, lebih kurang 2 jam. Kami sampai pun dah hampir 6.30 petang. Cuaca pun dah gelap. Musim di London pada waktu ini pukul 6 petang dah mula gelap. En. Zaini cari tempat parking, dan terus ke dewan seminar, kami berlegar-legar di dalam kawasan tersebut.
8. Rupanya bayangan sebuah universiti yang tertua ternyata meleset. Menurut En. Zaini Oxford merupakan sebuah bandar yang dikhususkan untuk pendidikan. Banyak universiti di sini dan kebanyakan penduduk di sini sama ada tenga pengajar atau pelajar universiti.
9. Sempat juga masuk dalam sebuah supermarket tapi tidak lama kerana pukul 8.00 malam mula ditutup. Terasa juga tak best sebab supermarket tutup awal. Mungkin dia tak nak menggalakkan pelajar universiti melepak dalam supermarket sepertimana biasa di KL atau Mahkota Parade.



10. Boring juga, tiada apa sangat yang hendak ditengok...lepak je tunggu En. Zaini menghabiskan ceramah beliau. Habis ceramah dalam puku 8.30 malam, kami terus beredar balik ke London. En. Zaini mengambil anak perempuannya di Rumah Mara dan terus membawa kami ke sebuah restoran Melayu.
11. Restoran tersebut kecil sahaja, hiasan ringkas, tetapi terasa selesa kerana dikelilingi oleh orang Malaysia. Malam itu, En. Zaini belanja makan. Sepinggan Char Kue Tiaw dan segelas teh 'O suam cukup menghangatkan badan dan mengenyangkan perut yang berkeroncong.
12. Menurut cerita En. Zaini, restoran melayu ini telah lama dibuka, malah pemiliknya dari Kelantan telah pun menjadi pemastautin di sini.

No comments:

Post a Comment