Thursday, May 28, 2009

Battle of the Drum





Pertandingan Percussion antara sistem UiTM telah diadakan di Dataran Segamat menyaksikan pertandingan yang sengit. Masing-masing tampil dengan idea kreatif dalam memberi persembahan yang hebat dan mantap.

Salam Perpisahan Bos...




Majlis perpisahan telah diadakan untuk meraikan mereka yang akan bertugas di tempat baru. Antaranya En. Khairul, En. Sulaiman, En. Zulkifly Majid dan ramai lagi yang tak dapat disebutkan disini..Biarlah gambar yg bercerita...



Sunday, May 10, 2009

Final Exam.

Hari ni last final exam, mulai ptg ni atau esok kebanyakan pelajar akan balik kg...lupa daratan dlm 1-2 bulan sebelum masuk balik..makna kata mlm esok akan menjadi malam yg sunyi di Kolej SR.

Dulu waktu malam di SR dengan gelak ketawa yg riuh rendah dan sesekali tempikan, memang tak pelik kalu diorang sekali pun tak kena rasuk. Nak rasuk penama kalu dah riuh rendah je siang malam, hantu nak beroperasi pun pening nak tunggu bebudak tido.

Tp mulai esok,,,,mlm yg sunyi gelap gelita...yg ade lampu koridor je..kalu trip jenuh semua gelap. Tu yg teringat cerita seram Bercakap dengan Jin la...bergaduh dengan setan la...mujur ada Imam kat bawah...he..he.

Yogyakarta-Bandung-Jakarta






Trip ni pegi 3 tempat sekaligus...tak payah nak pegi satu tempat je sekali.

Sampai Yogja dlm tengah hari, ambik cab pegi cari hotel murah kat pust bandar. Lepas makan KFC, malam pegi tengok Ramayana Dance. Menarik gak la, walaupun tak faham bahasa Jawa Halus...Selain kitorang, yg lain mat saleh yg dah nak pencen...

Esoknya aku pergi Candi Borobudur yg paling besar ngan Candi Prambanan yg paling cantik. kalu nak pegi Candi Borobudur, biasa org pegi nak tengok sunset..matahari naik. Kitorang ambik pemandu pelancung, naik Toyota Avanza dia (Kijang kat Indonesia) ambik pakej. 

Candi Prambanan dlm 2 jam setengah jugak la. Nak masuk tunjuk student card masa Master hr tu, dpt separuh harga. Sesapa yg nam melancong tu, kalu ade 'student card' memang berguna.

Lepas tu, lawatan ke istana Sultan tak dapat, istana tutup hari tu. Di Indonesia, sebagai negara republik, sultan tak macam institusi beraja mcm kat Malaysia. Pemandu pelancong tu cerita sultan mcm org kebanyakan je, takde formaliti, protokol yg ketat. 

Sempat singgah satu runtuhan Istana Sultan zaman dulu2..zaman majapahit ke ntah la..ada satu kolam mandi utk gundik sultan...sultan yg duduk atas menara pemerhati bole la  skodeng..he..he

Satu hari je lawatan Yogja tamat, terus berkejar ke Stasiun Keretapi...naik keretapi ge Bandung...tren gerak kul 9.00 mlm..sempatla mandi kat stesen keretapi tu. ETA dlm kul 6 pagi tp on the way nak sampai, tren terpaksa berenti dlm 2-3 kali, paling lama dlm sejam coz masa tu musim hujan, rel keretapi banjir...bosan2.




Saturday, May 9, 2009

Bandung...Parjis van Java





Setakat ni dah dua kali aku p Bandung, p jalan2 dgn shopping. Kalau kat Bandung ni nak buat lawatan, boleh pegi Kawah Gunung Berapi, Kawah Putih Ciwidey...tp yg paling pemes dan memang org malaysia paling suka..shopping....you can shop till you drop. Banyak Factory Outlet kat sini, macam Rumah Mode, Blossom...byk lagi la..tak ingat..

Baju branded mcm Guess, Nautica, Crocodile, Polo Ralph Lauren, Esprit, dll dijual dgn harga yg agak murah..dlm RM50.00 je.

Suhu pun sejuk je..wp tak sesejuk Genting....


Gandingan Mantap...



Sapa suka cicah pelam ...angkat tangan..he..he ne salah satu favorite aku la..sejak kecik dok menyicah, kalu kat kg, ada pelam muda, buah staq muda masam melekat(stgh tempat buah kundang yg masak je merah rasa masam2 manis), buah jambu, buah kedondong, buah nam-nam (spae tak pernah tengok sila google tq).

So mlm kelmarin wat rondaan dan hasilnya sebiji mempelam muda yg besar...memang beso, tak penah aku tgk pelam beso gini. Ade la parents bwk masa ambik anak dia, so sedekahkan 2 bijik pelam kat member sebilik anak dia...dah rezeki kitorang la bebudak tu sedekah sebijik.

Bwk balik rumah, terus buat sos cicah, call Basarudin...dia dtg dgn Kuah Rojak Mak Bee...perghh lagi best..operasi makan pelam pun bermula...Basar pe la gi tunjuk skill Hikmat Potong Pelam Peringkat ke-7.



Friday, May 8, 2009

Cape Rachado @ Tanjung Tuan


Cape Rachado @ Tanjung Tuan menempatkan Rumah Api dipuncak bukit mengadap lautan luas terbentang. Pelawat boleh ke Rumah api ini dengan berjalan kaki dari kaki bukit ke puncak tersebut dengan perjalanan mengambil masa hampir 20 minit...jln slow..kalau joging cepat je sampai.

Apa yg unik, kaki bukit ini terletak dalam Negeri Sembilan, tetapi Rumah Api tersebut terletak di dalam Negeri Melaka di bawah kawalan Syahbandar Melaka...err Jwtn Syahbandar tu ade lg ke..

Nak ke sana, senang je, bwk kereta ke Port Dickson, cari Ilham Resort (PNB), PD...kendian cari jalan masuk betul2  sebelah Kem Askar ..dpn kem ada kereta perisai zaman komunis dulu.. Petang2 ramai yg joging termasuk la warga tua yg suka mencari ketenangan. Yg couple pun ada menabur janji2 palsu..heh.