Tuesday, October 12, 2010

Hari ke 3-London


1. Cuaca pagi hari ni agak mendung...awan gelap je. Tapi itu bukan penghalang untuk kami terus bersiar-siar. Dari Rumah Mara kami terus berjalan kaki ke Stesen Tube Gloucester. Dari Gloucester kami menaiki tube ke Westminster.
2. Keluar dari stesen Westminster, tu dia...Big Ben berdiri tegak sebagai saksi bisu sejarah dan pembangunan kota metropolis ini. Kami tidak melepaskan peluang untuk merakamkan pemandangan indah di sini. Selain kami ramai juga pelancong dari negara luar yang turut mengambil gambar Big Ben.
3. Kami berjalan kaki sambil menikmati pemandangan dalam cuaca yang sejuk dan bila bercakap...wap akan keluar dari mulut. Sungguh mengujakan. Aku terpandang satu keluarga, 2 wanita dewasa, seorang lelaki dan anaknya dengan baby stroller. Melihat raut wajah wanita bertudung terus ringan mulut menegur..'dari mana?'
'Kami pelajar di sini...bawa adik ipar dari Malaysia datang ke London bersiar-siar' jawab lelaki tersebut yang berjaket tebal. Isterinya tersenyum ramah sambil bertanya beberapa soalan pada kami. Sekurang-kurangnya menyedarkan bahawa London bukan bumi asing untuk orang Malaysia menimba ilmu. Semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan berbahagia.




4. Kami tinggalkan mereka yang sibuk mengabadikan kenangan di situ dan terus ke London Eye. Bumi London mula dibasahi gerimis hujan yang renyai-renyai. Tangan terus diseluk ke dalam poket jaket bagi mengelakkan kesejukan. Mungkin cuaca pada bulan Februari tidak begitu menarik untuk berkunjung ke Kota London.
5. Sampai di London Eye, terus masuk ke satu kawasan menjual tiket. Harga tiket yang agak mahal ditambah pula cuaca mendung membuatkan kami membatalkan hasrat untuk menaiki gondola London Eye tersebut. Rugi nak ambik gambar kalau semuanya kelabu sahaja. Untuk puaskan hati ambil gambar disekitar kawasan tersebut sahaja.

6. Daripada membuang masa berbaris membeli tiket, terpandang tanda McD. Apa lagi terus sahaja berbaris ke kaunter McD. Pesan 3 Hot Chocolate dan 1 fries. Lepak dalam McD sambil menikmati HotChocolate memang menyegarkan.
7. Lepak dalam sejam...tengok cuaca tidak berubah..gerimis dan hujan renyai..keputusan yang paling baik..balik rumah tido..ha..ha.

. Sampai rumah..masing-masing masuk bilik..sedar pun mie panggil makan megi, bangun jugakla. Sedap-sedap mengurup kuah megi, tetiba ada bunyi loceng..Rupanya En. Zaini datang. Dia ajak teman dia pergi Oxford..woh..OXFORD!...terbayang universiti yang tua..bebudak dok studi...dia bagi 30 minit untuk kami bersiap.
6. Dalam pukul 4.30 petang, kami pun bertolak dengan En. Zaini dan isterinya. Kata En. Zaini dia dijemput untuk jadi speaker dalam satu program kat situ. Sepanjang perjalanan dengan hujan...cuaca kelam je menyebabkan masing-masing mengelamun.
7. Jauh rupanya Oxford dari London, lebih kurang 2 jam. Kami sampai pun dah hampir 6.30 petang. Cuaca pun dah gelap. Musim di London pada waktu ini pukul 6 petang dah mula gelap. En. Zaini cari tempat parking, dan terus ke dewan seminar, kami berlegar-legar di dalam kawasan tersebut.
8. Rupanya bayangan sebuah universiti yang tertua ternyata meleset. Menurut En. Zaini Oxford merupakan sebuah bandar yang dikhususkan untuk pendidikan. Banyak universiti di sini dan kebanyakan penduduk di sini sama ada tenga pengajar atau pelajar universiti.
9. Sempat juga masuk dalam sebuah supermarket tapi tidak lama kerana pukul 8.00 malam mula ditutup. Terasa juga tak best sebab supermarket tutup awal. Mungkin dia tak nak menggalakkan pelajar universiti melepak dalam supermarket sepertimana biasa di KL atau Mahkota Parade.



10. Boring juga, tiada apa sangat yang hendak ditengok...lepak je tunggu En. Zaini menghabiskan ceramah beliau. Habis ceramah dalam puku 8.30 malam, kami terus beredar balik ke London. En. Zaini mengambil anak perempuannya di Rumah Mara dan terus membawa kami ke sebuah restoran Melayu.
11. Restoran tersebut kecil sahaja, hiasan ringkas, tetapi terasa selesa kerana dikelilingi oleh orang Malaysia. Malam itu, En. Zaini belanja makan. Sepinggan Char Kue Tiaw dan segelas teh 'O suam cukup menghangatkan badan dan mengenyangkan perut yang berkeroncong.
12. Menurut cerita En. Zaini, restoran melayu ini telah lama dibuka, malah pemiliknya dari Kelantan telah pun menjadi pemastautin di sini.

Sunday, October 10, 2010

Malam ke 2 di Trafalgar Square

1. Lepas makan malam mcm biasa melepak depan tv sambil plan..mana nak pegi besok.
Tetiba je bunyi loceng, aku pun buka pintu, rupanya En. Zaini dengan baju sejuk Reebok tebal warna biru kat depan pintu bilik..terus jemput masuk ke dalam.
2. Dia ajak teman dia berjalan..boleh tengok pemandangan London waktu malam. Apa lagi kelam kabut pakai jaket, ambik kamera..keluar rumah naik MPV En. Zaini.
3. En. Zaini park MPV dia dekat kawasan Trafalgar Square. Dari situ dia ajak kami jalan kaki. Rupanya kawasan tu dah takde orang. Agaknya orang London tak suka keluar lepak malam-malam kot. Nak kata malam baru pukul 9.00 malam je.



4. Antara pemandangan menarik selain Trafalgar Square adalah Big Ben, London Eye, macam biasa lensa kamera aku cuba merakan seberapa banyak gambar yang boleh. Maklumlah bukan senang nak sampai negara orang. Tak rugi bawak memori SD 8GB dengan bateri tambahan yang dibeli kat Lowyat.
5. En. Zaini kata dia release tension dengan berjalan kaki...best jugak lagi pun sejuk..orang London pun kalau joging malam tu macam benda biasa je pada dia. Kita kalau dah malam duduk depan tv la apa lagi.

Saturday, October 9, 2010

Hari Ke Dua-London

1.Lepas mandi, sarapan perjalanan pun bermula. Oleh kerana semalam dah puas berjalan kaki, hari ke dua kami merancang untuk menggunakan perkhidamatan keretapi bawah tanah Tube yang tak ubah macam Putra LRT.
2. Dari rumah Mara ke Stesen Tube tak jauh sangat, jalan kaki dalam 7 minit je. Sampai je Stesen Tube, ambik map Underground, terus beli kad bermusim. Beli dalam 10 pound dulu. Ingatkan senang, rupanya dekat 20 minit kami kat stesen Tube tu, belajar nak memahami sistem perjalanan Tube. Kawan aku tengah mentelaah Pelan Jalan Tube.

3. Satu yang boleh puji..sistem Tube ni sangat berkesan dalam mengurangkan jumlah kenderaan ke dalam kawasan bandar. Ramai orang putih suka naik Tube, diorang naik je, terus baca paper, tak pun dengar muzik dari Iphone. Waktu pun tepat..lambat je tunggu tren lain.
Kalau kat Malaysia, Putra tu satu level je bawah tanah. Tube ni pulak ada dekat 4-5 lapis bawah tanah yang ditandakan dengan warna merah, biru, kuning, jingga dll. Kalau nak pergi satu tempat, ada masanya kena tukar tren, kena turun atau naik satu level. Agaknya bila Malaysia nak ada sistem Tube yang canggih dan berlapis-lapis, sedangkan Putra LRT dengan Monorel pun tak dapat nak diintegrasikan.


4. Kitorang jalan kaki pergi Primark..Primark ni macam Mydin kat Malaysia la. Yang banyak pakaian murah, baju kerja, blazer, seluar kerja...semua murah-murah. Aku beli la selai baju kemeja dengan tie, seluar tido selai - masa nak balik terpaksa tinggalkan sebab berat sangat.
5. Dari Primark jalan kaki lagi sampai ke Bond Street yang padat dengan segala macam butik terkenal macam GAP, Selfridge & Co, S&M Supermarket, Clarks, dll.

Friday, October 8, 2010

Hari Pertama di London

1. Keluar je pintu bilik Rumah Mara, brrr..sejuknya.. Suhu kalau ikut jam Casio aku yang ada fungsi thermometer digital..suhu dalam 16 celcius. Rasa macam duduk dalam peti ais pun ada he..he...Cuaca cerah...langit biru...Mujur jaket pinjam memang tebal dan Dr. Ali khas untuk panjat Gunung Kinabalu..tapi tak sempat panjat dia dah tukar Semenanjung. Sarung tangan kena pakai..kalau tak memang angin dingin tu boleh kecutkan jari. Mujur dah beli yang tebal..tak la terasa sangat.
3. Area Gloucester Road ni kalau ikutkan kawasan elit dan sewa rumah kawasan ni mahal dalam 4 ribu pound....kalu tukar duit Malaysia..beribu-ribu lemon la jawabnya. Kalau kat Malaysia macam area Seksyen 2, Seksyen 6 Shah Alam yang sebelah Intekma.
4. Kami pun berjalan dengan kamera dah ready...ada je yang menarik terus ambik. Jalan-jalan jumpa Royal Albert Hall..terus teringat Dato' Siti Nurhaliza.
5. Apa yang bagus, aku rasa dari segi kebersihan...susah nak nampak sampah yang bersepah-sepah. Mungkin Majlis Perbandaran dia pun bagus kutip sampah, tapi sikap orang tempatan yang penting.
6. Jalan-jalan sambil tengok peta kadang-kadang keliru gak. Pusing la peta tu tapi tak jumpa gak jalan. Nampak ada sorang polis tengah saman kereta yang salah parking, aku tanya jalan nak pegi Harrod's. Dalam faham ngan tidak je dia bagi direction..aiseh English aku dah berkarat la.
7. Dapat je direction terus lagi berjalan..aku rasa dalam 2 minggu kami duduk London la paling banyak berjalan. Satu hari dalam 4-5 jam berjalan. Nak jimat satu hal..tapi bila berjalan, banyak benda boleh tengok..cuaca pun sejuk...kawan aku dah mengigil-gigil. Jaket aku tebal sangat agaknya...berpeluh la jugak.

8. Akhirnya jumpa jugak Harrod's...apa la yang best sampai orang Malaysia dok sebut-sebut...kalau tak masuk Harrod's macam tak sampai London. OK lets check it out...
9. Harrod's macam Hypermarket, dalam tu ada beberapa tingkat yang idikhususkan ntuk produk tertentu, contohnya, level bawah untuk Makanan, kek, coklat., bunga segar., kebetula lak dalam mood Valentine Day's . Lantai atau GF tempat souvenier..beg yang tulis Harrod's yang menjadi buruan makcik2 Malaysia pun ada kat sini, area perfum dengan jenama pelbagai termasuk yang tak sampai Malaysia macam Jo Malone ada. Level 1 area barang mewah macam LV, Burberry, Gucci..dan segala macam brand yang pemes la.
10. Aku masuk haram tak beli apa pun....berjalan tengok barang je...lagi pun, bukan taraf aku nak bershopping kat Harrod's. Lain la kalau menang Roda Impian RM 1 juta...he..he

Wednesday, October 6, 2010

Rumah Mara, Gloucester Road, London

Inilah dapur yang banyak berjasa pada kami. Kat sini la k.Ima menunjukkan keterrer-an nya masak nasik, telur dadar, sardin..mee megi...Bolehla nak save duit sket..
Ni meja makan, sofa kat belakang tu paling best nak landing...sambil tengok MTV...masa tu video Lady Gaga la yang meletop-letop ha..ha.
Bilik ni aku tidor sorang je...1st day teringat jugak kot ada Drakula ke...ha..ha..tapi dah penat berjalan..tido tak sedor diri....
sambung
Akhirnya dekat kul 12.30 pagi baru sampai kat Rumah Mara, Gloucester Road (sebutan Gloster) je.
Penat letih..tapi sampai je rumah Mara, aku rasa selamat, selesa...sama macam kat Shah Alam gak..he..he.
Tukar baju..nak mandi tak sanggup..sbb rasa sejuk w/p rumah tu ada heater..bilik aku pun ada satu heater..pasang baru bleh tido..kalu tak memang sejuk..berselimut je..
Besar rumah Mara ni...siap ada dapur...pinggan, periuk..nak masak sumer cukup. Aku bawak beras, kawan aku bawak sardin, makanan dalam tin...woh...tak rasa mcm melancong pun..takpe duit belen boleh shopping..he..he
Tido2...
Bangun pun bila member ketuk pintu bilik..bangun makan nasik...rupanya kawan aku mie ngan k.ima dah siapkan nasi dengan sardin...berselera jugak..maklumla sejuk.. Sehari sekali mesti makan nasi...kalau tak pagi..malam makan nasi.
Kitorang bincang la..nak pegi mana, tapi tak nak rush sebab aku cuti dekat dua minggu..hu..hu lepak London 2 minggu...best2..
Lupa jap kat keroje...

AirAsiaX KL-London



Bosan pejam mata....aku buka mata...tergerak nak bersembang dengan amoi..tegurla..nak ke mana. Dia jawab nak p Austria..nak buat praktikal kat sana...Oooo..jauhnye. Yup dia study kat Aussie..so masa cuti pegi praktikal kat Austria.
Dalam hati..bertuah la ko..muda lagi dapat pegi belajar oversea...aku ni belajar kat dalam negara je...dapat pegi oversea ni pun lepas jimat cermat simpan duit claim setahun...campur simpanan ASB sket..
Menu makan ada dua je..sama ada nasi briyani atau spageti..sebab kenyang lagi..kat Shah Alam pun aku baru makan briyani Seksyen 3..aku ambik spageti..amoi tu pun sama je...
Lepas makan , masing-masing diam..layan perasaan...bunyi humming enjin kapal terbang w/p perlahan...tp tak nyenyak sangat la tido...
Tengok seat lain ramai jugak orang nak p London..agaknya masing-masing ada urusan sendiri.
Naik AirAsiaX mcm tak best sangat coz makan minum dah berjadual..nak minum lain boleh..kena belilah sendiri.
Tido la balik....
Bukak mata masa kapten pesawat maklumkan dah atas kota London...Wah..hilang penat tengok cahaya kota London dari tingkap pesawat..berdebar pun ade...Tgk jam kul 10.30 malam, hari yang sama...macam pelik je..terbang dekat 13 jam..tapi sampai pada hari yg sama...
Landing time ..selamat alhamdulillah...canggih Airport Stanstead ni..siap naik tren mcm Putra LRT dari tempat landing nak pergi terminal.
Ambik trolley beg terus baris depan kastam...dia tanya nak pergi mana, tujuan apa, nak tinggal kat mana...tapi sbb aku dah prepare jadual berjalan...tunjuk je kat dia..terus lepas..fuh..
So aku dengan beg trolley berisi beras 5kg terlepas ke UK jugak ha..ha..
Tp ada problem...Stanstead dengan Central London jauh..camno...mujur masa tgh tercari-cari jadual tren..
Saiful!..ada org paggil nama aku..
Lega..kawan aku dua orang dengan Pengarah Mara UK En. Zaini dan anaknya ada menunggu. Rupanya kawan aku dah sampai awal. Pengarah tu kesian agaknya aku sampai sorang diri kat Stanstead..terus datang jemput.
Alhamdulillah..lega...keluar airport..brr...sejuknya..angin sejuk campur salji yg nipis turun...wohooo lama aku teringin nak tengok salji..
Tapi windchill sejuk..cepat-cepat masuk dalam MPV En. Zaini..dia set Tomtom balik London..seronoknya mcm2 cerita dalam MPV tu.

Dari Segamat ke London

Beras 5kg!! apsal kat sana takder beras ke...itulah soalan yang aku dapat bila aku cerita yang aku kena bawak beras pegi London.
Apapun, plan trip ni dari awal 2009 lagi..tapi tertunda sampai hujung Feb. 2010...
So, sebelum pergi..kena buat la research sket...tukaran duit Pound dengan Euro..apa nak beli, cuaca sejuk ke tidak...macam2 la yg aku tengok kat internet. Pendek kata segala macam tentang London dgn Paris kena survey.
Akhirnya sampaila hari yang ditunggu. Aku gerak dari Segamat, singgah jap kat Jementah beli beras 5kg, terus drive p Shah Alam. Flight pukul 3.00 petang...adik aku hantar ke LCCT dengan kereta Hyundai Trajetnya. Sampai je...tukar duit sikit...terus masuk boarding. Aku sorang je pasal 2 orang kawan aku naik MAS..best la korang..untung-untung....
Mujur beras 5kg dalam beg trolley aku takde masalah..terus masuk kargo. Aku bawak beg sandang satu...dengan jaket tebal yang dipinjam dari Dr. Ali....tak tau nak expect cuaca kat sana, bedal je lah.
Tepat jam 3.00 petang flight AirAsiaX pun berlepas meninggalkan Malaysia. Sebelah aku ada sorang amoi..tapi aku tak tegur..masing-masing layan blues...penerbangan KL-London dalam 13 jam...tidor lah dulu...

Sabah Negeri di Bawah Bayu...







Kursus kali ni membawa aku dengan geng Pemandu UiTM Johor berkursus ke UiTM Sabah. Sambil tu boleh tengok pemandangan yang menarik. So much sweet and lovely memory here.
Boleh pegi kaki G. Kinabalu, Kundasang, Air Panas Poring-sila bawak baju mandi kalau nak berendam, Sabah Tea..ada teh yg takde kat Semenanjung..tak beli rugi...




Lawatan Sambil Belajar: Sarawak

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak bermandikan cahaya. Gambar diambil dari Hotel Riverside, Kuching, Sarawak. Gunakan tripod, setting kamera 10 saat, mod iA je.

Gambar waktu senja diambil dari kolam renang Hotel Riverside, Kuching, Sarawak.Gambar diambil dari Waterfront, Kuching, Sarawak.


Tak best citer trip pegi London kalu tak citer tentang trip kat Sarawak. Kali ni satu pejabat Pentadbiran ke UiTM Sarawak untuk benchmarking Pentadbiran UiTM Sarawak.
Selain itu dapat menikmati keindahan Sungai Sarawak, tido kat Hotel Riverside...betul-betul depan Sg. Sarawak.
Makan malam pergi seberang sungai naik sampan, masa nak pergi kena bayar 50 sen, tapi kalau lambat balik kul 11 malam lebih je, tambang dah naik...macam teksi la jugak.
Dapat pergi Taman Budaya dan juga makan Laksa Sarawak, Kek lapis Sarawak, beli ikan terubuk masin...kraftangan macam Parang Ilang, manik.



Lemang dan Rendang






Majlis Sambutan Hari Raya tak berseri kalau takde lemang ngan rendang.


Lemang untuk Majlis Sambutan Hari Raya UiTM Johor tahun ini cukup menjadi hasil usaha Unit Keselamatan dengan diawasi seorang PM yg amat dedikasi. Lemang masak pukul 3.00 pagi, beliau balik ke rumah pukul 3.30 pagi. Memang tabik la bos...
Lemang pun sedap, abis licin dengan rendang-rendang sekali.
Majlis kali ini cukup meriah dari petang dan malam sebelumnya dengan rewang. Kalau takde rewang, rasenye majlis ni sama sahaja dengan majlis Jabatan lain.



Tuesday, October 5, 2010

Pulut Periuk Kera


I'm Back

Hui...lama aku tinggalkan alam blog ni...byk sebab, sibuk dgn keje, life libang libu dibuatnye..ha..ha
Apa pun aku rase perlu ada satu platform yang aku boleh menulis..setakat ambik gambar je tak lengkap rasanya.
Teringat ceramah Buat Duit dengan Menulis...mungkin aku tak sampai tahap tu, tapi kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...

Insyaallah aku akan menulis serba sedikit tentang pengalaman berjalan-jalan ke kota London dan Paris, bicara tentang kerja....
Aku rasa bila rasa sedih, bila susah hati, kena ada something yang boleh buat aku gembira, dan jika menulis dalam blog dapat menenggelamkan aku dalam kegembiraan yang sementara, biarlah aku abadikan dalam tulisan dan juga gambar.
Pengalaman melancong ke London dan Paris pada diriku adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat warna budaya, ekpressi dalam suasana yang berbeza berbanding pengalamanku berjalan ke Bangkok mahupun Indonesia.
Dalam 2 minggu bercuti aku dapat relaks dari memikirkan soal tekanan kerja dan juga hidup bersendirian.

Aku tak suka sangat citer tentang orang...itu pasal aku lebih suka biar gambar bicara...