Amacam tajuk ni, kira ok la tu..
Minggu lepas balik Shah Alam, jumpakla sorang member, dia PTD M44( cheh..cepatnya naik..jeles seh), tp dah rezeki dia, dulu dia kontrak je kat Kementerian Pendidikan. Dia nak p London ngan kengkawan, so pegi la Sunway Pyramid, beli baju sejuk, PDA HTC Touch Cruise yg canggih manggih..Aku belum kena demam PDA...fungsi kat N70 pun tak habih explore lg.
Dia pinjam la kamera Olympus aku tu..charger tak bawak takpe..bateri 3A berlambak kat kedai. Tu yg bagus kamera Olympus ni pakai 4 bateri 3A. Mudah dan praktikal.
Sementara nak tunggu kamera tu balik..bole tgk bakal kamera ..Canon G10..ho..ho..
Nak yg canggih Canon D450..tp bila pikir nak usung kamera yg agak besar tu..hmpp.
Tak kisahla..ada duit lebih nanti baru pikir nak sambar yg mana.
Kalau ada yg nak pilih kamera ada tips:
1. Bajet...kena tgk poket gak..bole ke tidak nak beli kamera Point n shoot(P&S) mcm Ixus, Lumix antara rm700 - RM1500.00. Kamera Semi-Pro yang ada fungsi Aperture, Manual, Shutter dalam RM1600.00 - RM2000.00, Kamera pro DSLR dari RM1999.00 sampaila berpuluh ribu.
2. Lensa - ni antara faktor terpenting la, tambah kalau kamera P&S. Contoh lensa mcm Carl Zeiss, Nikkor, Leica (ni aku pernah pakai..memang bagus). Kalau nak tau lensa tu bagus ke tidak buat ujian macro..ambik gambar semut..kalu dpt jelas, tajam...ok la. Jgn la beli kamera yg yg berlambak, murah, xde brand, kat pasaran kalau lensa tak elok, nanti nak upgrade keluar lagi duit.
3. Rajin...ni maksud rajin ke tidak nak belajar ttg kamera. Nak kena paham Aperture, Shutter, Manual, cahaya, komposisi..mcm-mcm lagi istilah untuk org yg nak buat gambar, bukan ambik gambar pakai Auto, takpun pilih 'scene;. Kalu agak malas ambik je P&S, kalu rajin ambik Semi-Pro ataupun DSLR.
4. Penstabil imej atau 'Image Stabilizer' IS, penting untuk kamera P&S dan ambik gambar dlm gelap, waktu malam.
Tu je la tips aku...kalu nak tau lagi..kena la rajin baca tip dlm DPReview, majalah kamera dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment