Alhamdulillah dengan berkat Ilahi akhirnya aku disatukan dengan pilihan hati, orang Terengganu.
Ini kenduri menyambut menantu setelah kami disatukan pada 25 Disember 2010..tarikh keramat yang akan terpahat di hati selamanya.
Sedikit sebanyak ia mengubat kedukaan hati setelah perpisahan dengan ayahku yang meninggal dunia pada 27 Feb.2011. Sekuran-kurangnya arwah abah sempat melihat kami bersanding di Terengganu.
Sedikit nasihat untuk kaum lelaki. Biasanya kenduri pengantin perempuan lebih meriah, dengan kenduri kendara, tempahan baju pengantin, hantaran yg pelbagai, tema warna yg ceria, mak andam, fotografi dan macam-macam lagi.
Kerana itu untuk kenduri lelaki..berdasarkan pengalaman aku..tak perlu banyak perkara macam-macam. Cukup dengan kenduri kendara untuk saudara, rakan dan jiran sekampung, baju pengantin dan solekan. Gambar nak murah ambik adik sendiri jadi jurugambar har..har..
Tapi cabaran untuk seorang lelaki yang nak berkahwin banyak tertumpu pada fulus...duitlah. Kena sedia paling kurang RM15 ribu -RM20 ribu. Aku buat sekali dengan adik aku pun kitorang kongsi dalam RM 5 ribu sorang. Give and take la kan.