Wednesday, June 3, 2009

Cuti-Cuti Malaysia- Melaka




Cuti sekolah dah mula..adik aku yg sekolah kat Taiping dtg ngan family aku dr Taiping lepak Segamat. Aku tak tau sangat apa yg ade kat Segamat selain Jakel.  Aku ambik 2 hari cuti nak temankan keluarga jalan2 cari makan..perabih duit yg ada..isk..isk 

Senang citer hari Isnin bawak p Melaka..bukan main seronok lg anak buah aku dpt naik Menara Taming Sari, masuk muzium Kapal Flor de Lamar, Muzium TLDM...tp tak bole lawan teruja masa naik Eye on Malaysia..fuyyoh..

Kalau tak tahu nak bawa family p mana cuti sekolah ni bolehlah melawat dalam negara. Melaka dekat je dgn Segamat. Kalau Bandung pun Ok jugak tp jgn harapla nak jumpak Mee Bandung ke Air Sirap Bandung ke..semua tu takde kat sana, tapi kalau kat Segamat..berlambak...ho..ho..


My new gear: Panasonic LX3 Black...



Aku dah ada Olympus UZ560..memang utk ultra zoom (18x optical zoom), olympus dapat ambik gambar yg jauh. Tp satu yg aku tak suka dari segi gambar mcm muram, tak berapa tajam.

Lepas buat study dlm 6 bulan jugak..compare dgn Canon G10, baca review majalah HWM, DPreview, blog LX3 mcm Laurence Kimblog...last baru decide nak beli LX3..tp kena warna hitam sebab hitam itu menawan he..he. 

Mula2 pergi Plaza Low Yat sebab ada kwn bgtau boleh dapat dlm RM1,550.00, sampai je yg ada warna Silver. Cantik jugak la, tp memang nak cari yg warna hitam jugak, terus cari CyberCafe kat Imbi, mahal Rm3.00, cari Lowyat forummer yg jual digicam...cari2 dapat no.HP.

Apa lagi, balik je Shah Alam, terus pergi Kajang sebab kedai mamat tu ada kat pekan Kajang. Syarikat Midah Electric, memang ada stok warna hitam. Akhirnya, dapat jugak beli LX3...Yesss.. 

Sebab apa aku beli..bole tgk gambar la ye..tak payah nak ulang dah.